Journey to STREAM Education

Pengenalan

Pengenalan

Pendidikan alam sekitar merujuk kepada usaha terancang untuk mengajarkan mengenai bagaimana kebergunaan persekitaran semula jadi dan amat khasnya ialah untuk mengenal bagaimana setiap insan boleh menguruskan tingkah laku dan ekosistem sehingga boleh berhidup secara berkekalan.Ianya merupakan berbilang tatatertib yang menyepadukan bidang-bidang ilmu pengetahuan yang menyepadukan bidang-bidang ilmu pengetahuan yang ianya berdekatan dengan biologi,ilmu kimia,ilmu fizik,ekologi,sains bumi,sains atmosfera,matematik dan geografi.

Pendidikan alam sekitar juga merupakan satu proses yang membolehkan individu meneroka isu alam sekitar,terlibat dalam menyelesaikan masalah dan mengambil tindakan untuk memperbaiki alam sekitar. Akibatnya individu membangunkan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu alam sekitar dan mempunyai kemahiran untuk membuat keputusan yang berpengetahuan dan bertanggungjawab.

Di Malaysia,pendidikan alam sekitar boleh diperoleh sama ada melalui pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Ianya merupakan aktiviti sepanjang hayat dan bersifat muitidisiplin.Sebagaimana yang digariskan dalam tiga matlamat utama (UNESCO 1980),pendidikan alam sekitar melibatkan kewajipan seperti kesediaan untuk melibatkan diri sebagai anggota komuniti,kebolehan untuk memperdebatkan polisi awam dan kesediaan untuk memberi sumbangan untuk kepentingan orang lain.

Perkembangan pendidikan alam sekitar pada masa kini telah memperlihatkan penekanan terhadap pendidikan untuk kelestarian alam. Bagi mencapai matlamat kelestarian alam tersebut, ketiga-tiga pendekatan yang dibincangkan di atas adalah praktikal dalam konteks melahirkan individu yang bukan sahaja peka terhadap isu alam sekitar, tetapi juga mengenal pasti masalah yang berlaku dan seterusnya memainkan peranan sebagai pihak yang aktif menguruskan alam sekitarnya. Sebagai contoh, para pelajar diberikan tugasan berkenaan dengan pencemaran alam sekitar di kawasan tempat tinggal (manusia/pelajar). Para pelajar yang terlibat akan segera ‘menangkap isu’ dengan melihat masalah alam sekitar di persekitaran mereka. Mungkin dalam masa tersebut mereka akan tertarik dengan isu pencemaran sungai, sampah sarap, pencemaran udara, bunyi/hingar dan sebagainya. Justeru, para pelajar akan terlibat secara langsung (pembelajaran berasaskan aktiviti) kerja lapangan dengan melihat sejauh mana pencemaran tersebut berlaku daripada aspek:

1. Lokasi pencemaran
2. Punca-punca pencemaran
3. Jenis-jenis pencemaran
4. Kesan-kesan pencemaran (mungkin dapat dilihat dengan matakasar)

5. Cadangan dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebutberlaku pada masa hadapan

Melalui kerja lapangan ini secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan para pelajar akan kepentingan menjaga alam sekitar berdasarkan pengalaman yang mereka alami sendiri.Pembelajaran melalui pendekatan ini adalah lebih pratikal kerana para pelajar bukan sahaja disogokkan dengan teori dan konsep sahaja, bahkan pemahaman mereka menjadi lebih jelas apabila mereka merasai sendiri pengalaman tersebut. Melalui cara ini isu-isu alam sekitar bukan sahaja berkisar setakat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para guru bahkan penglibatan mereka secara langsung akan memberi nilai keinsafan dan impak yang mendalam berbanding dengan pengajaran didalam bilik darjah.

Pendidikan alam sekitar merupakan satu pendidikan yang amat penting bagi melahirkan warga Malaysia yang bukan sahaja faham, berkebolehan,berkemampuan bahkan mempunyai keperihatinan terhadap pengurusandan pencemaran alam sekitar. Pendedahan pendidikan ini sejak dari awal lagi akan melahirkan kelestarian terhadap ‘Cintakan Alam Sekitar’. Pelajar-pelajar yang telah diasuh dan ditanam dengan nilai-nilai mencintai alam akan lebih sensitif terhadap apa jua pencerobohan yang berlaku dipersekitaran mereka. Dengan cara ini, kekuataan yang dibina akan menjadi benteng atau penahan diri dan secara tidak langsung boleh bertindak untuk membimbing diri orang lain bagi menyintai alam sekitar. Secara jelasnya melalui pendidikan alam sekitar akan melahirkan wargayang menyintai alam sekitar, prihatin dan sensitif terhadap apa-apa juga kacau ganggu yang berlaku di persekitaran mereka.

Justeru, pelajar-pelajar yang terdedah dengan pendidikan ini akan dapat menyumbang kearah peningkatan kualiti hidup kerana mereka akan menentang apa juga pencemaran, kacau ganggu dan kerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia lain. Dengan kata lain, pendidikan alam sekitar akan dapat membentuk jiwa dan diri individu menjadi seorang yang mencintai alam sekitarnya.

Objektif

  • Kesedaran dan kepekaan terhadap persekitaran dan cabaran persekitaran
  • Pengetahuan dan pemahaman terhadap alam sekitar dan cabaran alam sekitar
  • Sikap kebimbangan terhadap alam sekitar dan motivasi untuk meningkatkan atau mengekalkan kualiti alam sekitar
  • Kemahiran untuk mengenalpasti dan membantu untuk menyelesaikan cabaran alam sekitar
  • Penyertaan dalam aktiviti yang membawa kepada penyelesaian cabaran persekitaran
Pengenalan

Perancangan

TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2), Ayer Hitam Kedah merupakan TABIKA KEMAS Pintar STREAM keempat yang dirasmikan YB Menteri Pembangunan Luar Bandar. TABIKA KEMAS Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM 2) ini dijenamakan sebagai TABIKA KEMAS Pintar STREAM (Eco Education) dilengkapi dengan elemen mesra alam yang sesuai dengan usia kanak-kanak 4 – 6 tahun. Bahan kitar semula turut digunakan dalam memberikan pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan dengan fungsi teknologi mesra alam dalam kehidupan seharian.

Mereka diberi peluang merekacipta berdasarkan minat sekaligus membina asas yang kukuh dalam bidang matematik, sains, teknologi rekabentuk dan ICT melalui kemahiran hands on sepanjang aktiviti Modul e-STREAM (Eco Education) dijalankan. Penglibatan ibubapa dalam aktiviti Modul e-STREAM (Eco Education) merupakan nilai tambah utama dalam usaha memperkukuhkan simbiosis ibubapa/ masyarakat dengan pihak TABIKA.

Perancangan Awal

Perancangan pengisian serta reka bentuk Tabika KEMAS Pintar STREAM dibincangkan bersama pegawai serta kakitangan KEMAS yang terdiri daripada Jurulatih Institut / Pusat Latihan, Penyelia Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pendidik Masyarakat, pegawai dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ibu Pejabat serta KEMAS Negeri dan Daerah. Kerjasama pintar bersama rakan strategik dari Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Awam (SWCorp), Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, CIDB Negeri Kedah, Pejabat Daerah dan Tanah Kubang Pasu, dan Anggota RELA Kubang Pasu turut dilibatkan semasa proses perancangan.

Bengkel Siri 1

Pada 9 Mac 2017, bengkel bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik telah melakarkan deraf 3D layout rekaan luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM. Inspirasi rekaan bertemakan Eco Education membentuk suasana pembelajaran di kawasan secara holistik. Pelan lantai bagi pusat pembelajaran berdasarkan fungsi.

Pusat Nama Pusat Fungsi
Bahasa Reading Room Membantu meningkatkan serta merangsang perkembangan literasi
Penerokaan Discovery Meneroka dan melakukan eksperimen berdasarkan tema
Kraf dan Kreatif Let's Get Crafty Melaksanakan aktiviti kraf dan seni visual
Block dan Puzzle Innovation Merangsang kanak-kanak berinovasi menggunakan LEGO, blok, puzzle, dan lain-lain
Drama • Dramatic Play
• Simulator Cabin
Merangsang dan mengalakkan elemen main peranan dan komunikasi dalam diri kanak-kanak
Outdoor Learning Centre Outdoor Learning Centre Kajian lapangan @ field work di luar kelas

Bengkel Siri 2

Pada 31 Mac 2017, Bengkel Siri 2 dilangsungkan bersama pegawai-pegawai KEMAS dan tenaga pakar akademik daripada UPSI melaksanakan penambahbaikan pada perspective layout dan cadangan warna luaran dan dalaman Tabika KEMAS Pintar STREAM yang sesuai. Penambahbaikan kepada susun atur pelan lantai bagi pusat pembelajaran. Namun, fungsi setiap pusat dikekalkan.

Reading Room
Pusat bagi mempelajari kemahiran membaca dan menulis berkaitan pendidikan eco.

Contoh : Kanak-kanak menceritakan semula buku yang dibaca dihadapan rakan lain.

Discovery
Pusat penerokaan berkaitan pendidikan eco.

Contoh : Kanak-kanak meneroka pelbagai jenis model pengangkutan udara dan berkongsi pengalaman sedia ada bersama rakan.

Let's Get Crafty dan Innovation
Pusat kreativiti kanak-kanak.

Contoh : Kanak-kanak menzahirkan idea kreatif menggunakan blok (lego) dan melalui seni lukis.

Dramatic Play
Pusat untuk melakonkan semula peranan/ watak berkaitan tema. Pakaian seragam direkabentuk khas mengikut aspirasi kanak-kanak semasa aktiviti di kelas.

Contoh : Kanak-kanak berkomunikasi memainkan watak masing-masing.

Outdoor Learning Centre
Lokasi semasa aktiviti rutin – diintegrasikan dengan Modul Keyakinan Diri.

Contoh : Kanak-kanak diberi peluang mengetuai bacaan doa semasa sarapan pagi.

Simulator Cabin
Simulator Cabin merupakan sebahagian daripada Pusat Dramatic Play bagi memberi peluang kepada kanak-kanak berkomunikasi serta bersosialisasi mengikut watak masing-masing.

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pembinaan Pusat Pembelajaran

Pada 29 April 2017, Pusat Pembelajaran Tabika KEMAS Pintar STREAM telah dinaiktaraf dengan membina ruang tambahan yang seterusnya dijadikan "simulator cabin". Pada Fasa 2 iaitu pada Mei - Jun 2017, proses perancangan diteruskan dengan kolaborasi dari UPSI, ASWARA, dan juga NGO.

Penjenamaan Logo

  • Logo direka oleh pakar akademik dari Fakulti Seni, Komputer dan Industri Kreatif, UPSI
  • Ianya direka dengan mengekalkan warna korporat KEMAS dan bermotifkan mesra alam serta sering dikaitkan dengan kanak-kanak
  • Senarai Rakan Strategik

    Penjenamaan Logo

    • Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU)
    • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Pembersihan Awam (SWCorp)
    • Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
    • CIDB Negeri Kedah
    • Pejabat Daerah Dan Tanah Kubang Pasu
    • Anggota RELA Kubang Pasu
    Aktiviti Kanak-Kanak

    Aktiviti Kanak-Kanak

    Mulai 13 Jun 2017, kanak-kanak telah memulakan aktiviti dengan jayanya di pusat pembelajaran setelah proses menyiapkan Tabika KEMAS Pintar STREAM selesai.